Sabtu, 01 September 2012

hulurkan yang terbaik dalam bersedekah

Saturday, November 6, 2010

Hulurkan Yang Terbaik Dalam Sedekah

Sedekah yang paling utama
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. dia berkata: Seorang laki-laki menemui Nabi S.a.w lalu dia bertanya " Ya Rasulullah, sedekah apa yang paling besar pahalanya?" Rasulullah S.a.w bersabda, " Sedekah yang kau berikan ketika kamu segar bugar, ketika kamu merasa enggan kerana khawtir menjadi miskin dan mendambakan kekayaan. Janganlah kamu menunda-nunda sedekah sehingga nyawamu sampai di kerongkongan barulah kau katakan harta saya nanti sekian untuk ahli waris yang itu, sekian untuk ahli waris yang ini, padahal tanpa kau katakan begitu hartamu pasti akan menjadi milik ahli warismu"(Hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari, hadis nombor 1419)  
Menyingkap hadis ini, terbuka satu pintu amalan yang harus kita jadikan pegangan dalam bersedekah. Sedekah yang terbaik adalah ketika kita berada dalam kondisi yang terbaik. Terbaik dari segi kesihatan(ketika sihat fizikal dan mental) , kewangan (sewaktu berkemampuan), dan dalam waktu yang kita merasa senang. 

Bersedekah menurut kemampuan
Menurut riwayat Asma' binti Abu bakar r.a., Nabi S.a.w bersabda kepadanya; "Janganlah kau simpan hartamu untuk menghindari sedekah, maka Allah akan menahan anugerah-Nya kepadamu, infakkanlah menurut kemampuanmu". (hadis riwayat Al-bukhari, no 1434)
Salah satu lagi konteks yang diajar junjugan besar kita dalam memberi ialah bersedekah menurut kemampuan. Kemampuan yang kita miliki hari ini sebenarnya lebih daripada yang kita perlukan. Sedekah bukan hanya boleh dihulurkan melalui kewangan, malah kita diberikan banyak kemampuan lain untuk bersedekah.

Bersedekah melalui kebaikan
Diriwayatkan dari Abu Musa r.a. bahawa Nabi S.a.w pernah bersabda: " Setiap muslim harus bersedekah". Para sahabat bertanya: Wahai Nabi! bagaimana jika tidak memiliki sesuatu untuk disedekahkan" Rasululah Saw menjawab: " Bekerjalah, kemudian hasilnya untuk diri sendiri dan untuk bersedekah". Mereka bertanya lagi; " Bagaimana jika tidak mampu bekerja?" Rasulullah Saw menjawab: "Berikan pertolongan kepada orang yang memerlukan pertolongan". Mereka bertanya lagi."Bagaimana jika itu pun tidak mampu dilakukan?" Rasulullah Saw menjawab: "Kerjakanlah kebaikan dan hindari keburukan, maka demikian itu bagi seorang muslim bernilai sama dengan sedekah". (hadis riwayat Al-bukhari,  hadis no 1445)
Kita diberikan pilihan yang amat luas dalam bersedekah, dari menyedekahkan harta yang dimiliki, menyedekahkan harta dari hasil titik peluh sendiri, memberikan pertolongan dengan kudrat yang kita miliki, sampai kepada melakukan kebaikan dan menghindari kemungkaran. Begitu besar tuntutan yang diberikan kepada kita untuk bersedekah. Telah diperlihatkan oleh junjungan besar kita , Rasullulah Saw konteks bersedekah yang terbaik untuk dijadikan ikutan oleh kita.  

Diriwayatkan dari Abu hurairah r.a. dia berkata: Demi Allah yang tiada tuhan selain Dia! Suatu ketika aku berbaring di atas tanah kerana lapar dan untuk menahan rasa lapar tersebut aku mengikatkan batu pada perutku. Pada suatu hari aku duduk di jalan yang biasa dilalui oleh Nabi Saw dan para sahabatnya. Ketika Abu Bakar lewat aku bertanya kepadanya mengenai salah satu ayat Al-quran hanya sekadar untuk menghibur rasa laparku, tetapi dia lewat begitu sahaja tanpa menghiraukanku. Ketika Umar lewat, aku bertanya kepadanya mengenai salah satu ayat Al-quran hanya sekadar untuk menghibur rasa laparku, tetapi Umar lewat begitu sahajatanpa menghiraukanku. Kemudian Nabi Saw lewat. Beliau tersenyum ketika melihatku dan mengetahui isihatiku serta gelagat di wajahku, lalu beliau menyapaku"Aba Hirr!" Aklu menjawab, "Labbaik ya Rasulullah!" Beliau bersabda,"Ayo ikut aku!" Rasulullah Saw pergi dan aku pun mengikutnya. Rasulullah Saw masuk ke rumahnya, kemudian aku meminta izin untuk masuk, lalu beliau mengizinkan ak masuk. Rasulullah Saw melihat semangkuk susu, kemudian beliau bertanya, "Dari mana susu ini?" Keluarganya menjawab, "Si Fulan menghadiakannya untuk Anda". Rasulullah memanggilku"Aba Hirr!" Aku menjawab,"Labbaik ya Rasulullah!". Beliau bersabda, "Temui orang-orang shuffah, aku mengundang mereka kemari: Abu Hurairah menjelaskan: Orang-orang Shuffah adalah tetamu-tetamu Islam yang tidak memiliki keluarga, harta dan seorangpun yang bisa mereka jadikan sandaran. Apabila Rasulullah mendapat sedekah, beliau memberikan kepada mereka dengan mengambil sebagiannya. Demikian itu membuatku kecewa, lalu aku berkata kepada diriku sendiri,"Mengapa susu itu harus diberikan kepada orang-orang Shuffah, padahal aku lebih berhak mendapatkannya agar kekuatanku pulih kembali" Ketika orang-orang Shuffah datang, Rasulullah Saw menyuruhku memberikan susu tersebut kepada mereka secara bergiliran. Aku berkata dalam hati (sebelum aku berangkat mengundang mereka) "Apakah mungkin aku nanti mendapatkan bahagian dari susu itu?" namu demi ketaatan kepada kepada Allah dan Rasulullah Saw, tiada pilihan lain bagiku kecuali melaksanakan perintah tersebut". Aku segera menemui dan mengundang mereka. Mereka  pun berdatangan lalu minta izin masuk, kemudian Rasulullah Saw menyilakan mereka masuk. Mereka duduk di dalam rumah Rasulullah Saw., kemudian beliau memanggilku"Wahai Aba Hirr!" Aku menjawab"Labbaik ya RAsulullah!" Beliau bersabda," Ambil susu itu kemudian berikan kepada mereka secara bergantian!" Kata Abu hurairah : Aku mengambil semangkuk susu tersebut kemudian aku segera memberikannya kepada mereka secara bergiliran. Ketika orang pertama selesai minum hingga puas, dia menyerahkan kembali  semangkuk susu tersebut kepadaku, kemudian aku memberikan nya kepada orang kedua. Ketika orang kedua selesai minum hingga puas, dia menyerahkan kembali semangkuk susu tersebut kepadaku, lalu aku memberikannya kepada orang ketiga. Begitulah seterusnya hingga akhirnya aku memberikan semangkuku susu tersebut kepada Nabi Saw. setelah orang-orang shuffah tersebut minum semua sampai puas. Rasululullah Saw mengambil semangkuk susu itu kemudian beliau meletakkannya di atas tangannya. Rasulullah Saw memandang aku sambil tersenyum, kemudian beliau memanggilku"Aba Hirr!" Aku menjawab, "Labbaik ya Rasulullah!" Beliau bersabda, "Aku dan kamu masih mendapat jatah juga." Aku berkata, "Anda benar, ya Rasulullah" Beliau bersabda,"Duduklah dan minumlah!" Aku pun duduk dan minum. Beliau bersabda lagi. "Minumlah!"Aku pun minum lagi. Beliau bersabda berkali-kali,"Minumlah!" Sampai akhirnya aku menjawab, "Tidak. Demi Dzat yang mengutusmu dengan kebenaran! Perutku sudah penuh!". Rasulullah Saw bersabda, "Berikan kepadaku!" Maka aku pun memberikan susu dalam mangkuk tersebut kepada Rasulullah Saw, kemudian beliau memuji Allah dan membaca basmalah untuk minum susu yang tersisa itu. (Hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari, no hadis 6453) 

Memberikan apa yang terbaik yang kita milki disaat itu kepada yang lebih memerlukan walau apa jua keadaan kita. Inilah contoh yang perlukan kita tanamkan bersama-sama dalam diri kita agar  pemberian yang kita hulurkan kepada yang memerlukan menjadi bekal yang berguna dalam menghadapi perhitungan amal di sana kelak. Hulurkanlah yang terbaik dalam bersedekah!.

1 komentar: