Jumat, 31 Agustus 2012

sedekah dan amal

Sedekah dan amal, mana satu jariah?


















Sedekah dan amal, mana satu jariah?




Salam kehidupan kepada pembaca sekalian…


Sedekah...


Apabila kita berjalan dan kita sedekahkan duit, ia dikira sedekah. apabila kita memberi sedekah kepada orang miskin ia satu sedekah.


Amal atau amalan.....


Perbuatan, perkara kebaikan yang kita lakukan. Perbuatan baik seperti bantu membantu dan melakukan zikir harian, solat, serta melaksanakan kewajipan, ia adalah amal kebaiakan yang kita lakukan. Sedekah juga adalah satu amal baik.


apakah itu Jariah?


sedekah jariah, atau amal jariah.. jariah adalah perkara yang didapati apabila amalan itu berterusan. Sebagai contoh, kita membeli rumah, dan rumah itu kita jadikan sebagai surau. maka ia dikira jariah, kerana pada setiap kali orang beribadah disitu, pahala sahamnya akan pergi kepada kita.


namun jika kita membina rumah, lalu kita jadikan rumah itu sebagai pusat hiburan tari menari, maka esok lusa apabila kita di kubur, kita juga akan menari.


Apabila anak adam meninggal dunia, maka putuslah semua amalnya kecuali tiga perkara, sedekah jariah(sedekah yang berkekalan), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan dirinya – H.R Abu Daud, Muslim dan Ahmad


Yang dikatakan sedekah jariah itu adalah, walaupun dia telah meninggal dunia 500 tahun yang lepas, namun pahalanya tetap sampai kepadanya setiap hari.


Katakanlah, artikel ini berkesan dan ada diantara pembaca menjadi anak soleh dan membuat amal jariah, maka apabila selang beberapa hari penulis ini meninggal dunia, walaupun telah tiada namun ganjaran pahala yang dilakukan oleh mereka itu juga dapat pada penulis.


Doa kepada ibu bapa
Anak yang soleh itu, bukanlah bererti anak yang mempunyai degree, atau sijil, atau pangkat, kecerdikkan dan sebagainya. Namun anak yang soleh itu adalah anak yang mendoakan kedua ibubapanya. Tentunya kebanyakan dari kita menginginkan anak yang berposisi tinggi, memberi ibubapanya duit setiap bulan pada gajinya. namun bukankah lebih baik merasai nilai kekeluargaan? jika setiap hari lima kali seorang anak itu mendoakan ibubapanya, maka sejahteralah keluarga itu denganrahmat Allah..
Ada anak yang berkata,


saya tidak pernah menyakiti ibu bapa saya yang telah mati itu, saya tidak menyipak batu nisannya, dan saya tidak pernah berak dan kencing di atas kuburnya
inilah jawapan anak yang tidak faham, tidak punyai didikan agama. Kefahaman yang jauh dari agama Islam.


semoga sedikit sebanyak membantu anda meyakinkan diri untuk lebih beribadah.
Salam amal 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar