Tangan Dikembalikan Ganjaran Sedekah
65
Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Pada suatu hari, seorang penggemis berkunjung dari rumah ke rumah untuk mendapatkan sesuap makanan untuk mengisi perutnya. Akhirnya dia sampai ke sebuah istana yang sudah tentunya mempunyai limpahan makanan yang enak-enak.
Pengemis itu memberi salam, lantas dijawab oleh seorang gadis dengan suara yang lemah-lembut. Dari perhiasan dan tertib pakaiannya, jelaslah kepada pengemis tersebut bahawa gadis itu bukanlah sembarangan orang, malah dialah puteri raja pada ketika itu.
Pengemis itu pasrah kepada Allah Taala. Lantas dia meminta sedikit makanan daripada puteri tersebut. Puteri tersebut terus menuju ke dapur istana dan mengambil roti yang baru sahaja dikeluarkan dari pemanasnya. Alangkah mulianya hati puteri tersebut, berbeza dengan sikap ayahnya yang apabila nampak sahaja kejadian itu lantas memotong tangan anaknya tanpa merasa belas kasihan.
Akibat dari peristiwa itu, puteri tersebut telah dihalau dari istana. Namun tiada rasa sedikit kesal dihatinya, malahan kini dia berasa sangat bebas. Namun begitu kehidupannya pula dalam serba kekurangan. Kini puteri itu pula yang terpaksa mengemis untuk mendapatkan makanan dari orang lain.
Kebetulan pada hari itu dia telah mengunjungi rumah kepunyaan wanita yang pernah mengemis di istananya pada suatu ketika dahulu.
Pada mulanya wanita tersebut tidak dapat mengenali puteri itu kerana pakaian dan mukanya yang tidak terurus. Wanita tersebut mempelawa puteri itu masuk ke dalam rumahnya lalu diberikan pakaian yang bersih pada puteri tersebut dan diajak untuk tinggal bersamanya.
Dalam tempoh itulah wanita tersebut dapat mengenali wajah puteri itu dengan lebih jelas. Dia amat menghargai akan pertolongan yang telah puteri itu berikan sewaktu ia di himpit kesusahan. Kini wanita itu berhajat dengan menyatakan hasratnya untuk mengahwinkan anaknya dengan anak lelakinya.
Setelah selamat diijabkabilkan, tibalah masanya untuk kedua-dua
mempelai makan bersama pada malam pertama mereka. Demi tidak mahu
mengecewakan suaminya kerana kecacatan yang dialaminya, puteri tersebut
telah menggunakan tangan kirinya untuk menyuap makanan ke dalam mulut
suaminya. Lalu perbuatannya itu ditegur oleh suaminya. Puteri cuba
memberikan pelbagai alasan agar tidak menampakkan sebarang kekurangan
didepan suaminya.
Sumber: Kisah teladan: Bahagian 9. Siri Sebaik-Baik Wanita Di Alam Semesta
Pada suatu hari, seorang penggemis berkunjung dari rumah ke rumah untuk mendapatkan sesuap makanan untuk mengisi perutnya. Akhirnya dia sampai ke sebuah istana yang sudah tentunya mempunyai limpahan makanan yang enak-enak.
Pengemis itu memberi salam, lantas dijawab oleh seorang gadis dengan suara yang lemah-lembut. Dari perhiasan dan tertib pakaiannya, jelaslah kepada pengemis tersebut bahawa gadis itu bukanlah sembarangan orang, malah dialah puteri raja pada ketika itu.
Pengemis itu pasrah kepada Allah Taala. Lantas dia meminta sedikit makanan daripada puteri tersebut. Puteri tersebut terus menuju ke dapur istana dan mengambil roti yang baru sahaja dikeluarkan dari pemanasnya. Alangkah mulianya hati puteri tersebut, berbeza dengan sikap ayahnya yang apabila nampak sahaja kejadian itu lantas memotong tangan anaknya tanpa merasa belas kasihan.
Akibat dari peristiwa itu, puteri tersebut telah dihalau dari istana. Namun tiada rasa sedikit kesal dihatinya, malahan kini dia berasa sangat bebas. Namun begitu kehidupannya pula dalam serba kekurangan. Kini puteri itu pula yang terpaksa mengemis untuk mendapatkan makanan dari orang lain.
Kebetulan pada hari itu dia telah mengunjungi rumah kepunyaan wanita yang pernah mengemis di istananya pada suatu ketika dahulu.
Pada mulanya wanita tersebut tidak dapat mengenali puteri itu kerana pakaian dan mukanya yang tidak terurus. Wanita tersebut mempelawa puteri itu masuk ke dalam rumahnya lalu diberikan pakaian yang bersih pada puteri tersebut dan diajak untuk tinggal bersamanya.
Dalam tempoh itulah wanita tersebut dapat mengenali wajah puteri itu dengan lebih jelas. Dia amat menghargai akan pertolongan yang telah puteri itu berikan sewaktu ia di himpit kesusahan. Kini wanita itu berhajat dengan menyatakan hasratnya untuk mengahwinkan anaknya dengan anak lelakinya.
Pada saat itulah munculnya satu suara yang
menyeru puteri tersebut untuk mengeluarkan tangan kanannya kerana Allah
Taala telah memberikannya semula tangannya sebagai balasan kepada sifat
pemurahnya suatu ketika dahulu.
Alangkah gembiranya puteri itu yang telah mendapat dua hadiah amat
berharga daripada Allah Taala. Begitulah besar dan tingginya martabat
orang-orang yang suka bersedekah di jalanNYA akan mendapat kebaikan yang
setimpal atas perbuatannya kelak.Sumber: Kisah teladan: Bahagian 9. Siri Sebaik-Baik Wanita Di Alam Semesta